Pendapatan Isi Rumah

Data setakat 2022

Purata dan penengah pendapatan kasar bulanan isi rumah di Malaysia dari 1970 hingga 2022.

0 paparanΒ·0 muat turun

Table

Pendapatan Penengah

Pendapatan Purata

Bagaimana data ini dijana?

Data mengenai gaji dan upah individu dalam ekonomi formal mudah diperoleh daripada rekod pentadbiran. Sebaliknya, data mengenai pendapatan isi rumah lebih sukar untuk dihasilkan, kerana ia memerlukan definisi statistik yang tepat bagi isi rumah, serta sumber pendapatan bukan gaji seperti pendapatan hartanah, dividen, dan faedah. Oleh itu, ia memerlukan penggunaan survei atau banci.

Di Malaysia, data mengenai pendapatan isi rumah (serta perbelanjaan dan akses kepada kemudahan asas) dikumpul melalui Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES), yang dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali dalam mana-mana tempoh 5 tahun. Data yang dipaparkan di sini telah dihasilkan daripada rekod HIES peringkat isi rumah dari tahun 1970 hingga 2022 (edisi terkini). Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, sila rujuk kepada nota teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Data ini menunjukkan nilai nominal, iaitu mereka tidak diselaraskan untuk inflasi. Selain itu, memandangkan bahawa data ini dihasilkan daripada survey yang menjangkau lebih dari setengah abad, perubahan metodologi berikut harus diberi perhatian:

  • Data untuk 1970 dan 1974 merujuk kepada Semenanjung Malaysia sahaja. Tahun 1976 adalah tahun pertama di mana Sabah dan Sarawak disekalikan dalam tinjauan.
  • Mulai 1989, data merujuk kepada warganegara Malaysia sahaja. Walaupun warga asing juga disekalikan dalam tinjauan, statistik rasmi (yang menjadi asas untuk dasar nasional) hanya berdasarkan warganegara sahaja.

Penerbitan berdasarkan data ini

Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah, 2022, edisi terkini bagi statistik pendapatan isi rumah yang diterbitkan oleh DOSM. OpenDOSM juga membekalkan dashboard pendapatan isi rumah yang membolehkan anda menerokai data pendapatan isi rumah Malaysia secara interaktif.

Metadata

Penerangan dataset

Purata dan penengah pendapatan kasar bulanan isi rumah di Malaysia dari 1970 hingga 2022.

Definisi pembolehubah
  • Tarikh
  • Pendapatan Purata
  • Pendapatan Penengah
Kemaskini terakhir:

28 Jul 2023, 12:00

Kemaskini seterusnya:

N/A

Sumber data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/hies/hh_income.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=hh_income&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)
jata negara

Jabatan Perangkaan Malaysia

Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam