Inflasi IHP teras peringkat nasional bagi 13 kumpulan utama barangan dan perkhidmatan.
0 paparanΒ·0 muat turun
IHP mengukur kos pembelian bagi 'bakul' tetap barangan dan perkhidmatan yang mewakili corak purata pembelian penduduk Malaysia. Kualiti dan kuantiti item dalam bakul ini tidak berubah, maka perubahan kos bakul ini disebabkan oleh perubahan harga sahaja. Perubahan kos bakul inilah yang mewakili kadar inflasi. Perbezaan antara IHP dan IHP Teras (set data ini) adalah IHP teras mengecualikan item dengan harga yang tidak menentu atau harga yang dikawal oleh kerajaan. Ini biasanya dianggap sebagai indikator yang lebih tepat bagi tren harga jangka panjang. Untuk mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang metodologi perangkaan IHP, sila rujuk kepada Nota Teknikal. Akhirnya, sila ambil maklum bahawa klasifikasi IHP Malaysia dipastikan konsisten dengan United Nations Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP) demi membolehkan perbandingan antarabangsa.
IHP teras tidak dihasilkan bagi kategori 'Minuman Alkohol dan Tembakau' kerana semua item dalam kategori ini adalah item yang harganya dikawal oleh kerajaan, maka dikecualikan daripada perangkaan IHP teras.
Indeks Harga Pengguna, Nov 2024, edisi terkini bagi statistik harga pengguna yang diterbitkan oleh DOSM. OpenDOSM juga memaparkan papan pemuka khas tentang harga pengguna.
Inflasi IHP teras peringkat nasional bagi 13 kumpulan utama barangan dan perkhidmatan.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
---|---|---|
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan DD diberi nilai 01 kerana data berfrekuensi bulanan |
division (Rentetan) | Bahagian | Kod 2 digit dari 01-13 ataupun keseluruhan ('overall'), yang perlu dipadankan dengan medan 'division' dalam Jadual MCOICOP. Padanan tersebut akan membolehkan anda mendapat keterangan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. |
index (Apung) | Indeks | Nilai indeks dengan asas 2010 = 100 |
20 Dis 2024, 12:00
22 Jan 2025, 12:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/cpi/cpi_2d_core_inflation.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)
Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.
import requests
import pprint
url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=cpi_core_inflation&limit=3"
response_json = requests.get(url=url).json()
pprint.pprint(response_json)
Jabatan Perangkaan Malaysia
Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam
Data Terbuka
data.gov.my