Jadual Penduduk: Malaysia

Data setakat 2024

Jumlah penduduk di peringkat nasional dari 1970 ke 2024, mengikut jantina, kumpulan umur dan kumpulan etnik. Jadual pratonton hanya menunjukkan data bagi tahun terkini, tetapi data penuh boleh dimuat turun.

0 paparanΒ·0 muat turun

Bagaimana data ini dijana?

Angka bagi 1970, 1980, 1991, 2000, 2010 dan 2020 adalah berdasarkan data daripada Banci Penduduk yang dilaksanakan pada tahun tersebut. Angka bagi semua tahun lain adalah anggaran pertengahan tahun antara banci. Anggaran antara banci dihasilkan dengan kaedah komponen kohort, yang menganggarkan angka bagi tahun terkini dengan mengambil angka bagi tahun sebelumnya, kemudian tambah kelahiran, tolak kematian, dan tambah migrasi bersih. Untuk mendapat pemahaman metodologi yang lebih mendalam, sila rujuk kepada Nota Teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Angka-angka terperinci mungkin sedikit berbeza dengan angka keseluruhan apabila terjumlah, disebabkan oleh penggenapan kepada satu titik perpuluhan. Tambahan, set data ini harus diguna dengan berhati-hati sekiranya digunakan sepenuhnya kerana tahap perincian data penduduk Malaysia telah diperdalam sejak banci-banci terdahulu. Khususnya, terdapat 3 julat perincian yang berbeza seperti berikut:

  • Data dari tahun 1991 dan selanjutnya adalah yang paling terperinci, dengan pecahan kumpulan etnik yang membezakan Melayu dan Bumiputera lain, serta Lain-lain Warganegara dan Lain-lain Bukan Warganegara. Selain itu, kategori umur tertua adalah 85+, iaitu 85 tahun ke atas.
  • Data dari tahun 1980-1990 mengandungi pecahan mengikut kumpulan etnik, tetapi tidak membezakan Melayu dan Bumiputera lain (maka hanya ada satu kategori Bumiputera), atau Lain-lain Warganegara dan Lain-lain Bukan Warganegara (maka hanya ada satu kategori, Lain-lain). Selain itu, tiada data bagi kumpulan umur 85+; kategori umur tertua adalah 80+.
  • Untuk data dari tahun 1970-1979, tidak ada pecahan mengikut kumpulan etnik. Selain itu, tiada data bagi kumpulan umur 75+, 80+ dan 85+; kategori umur tertua adalah 70+.

Penerbitan berdasarkan data ini

Metadata

Penerangan dataset

Jumlah penduduk di peringkat nasional dari 1970 ke 2024, mengikut jantina, kumpulan umur dan kumpulan etnik. Jadual pratonton hanya menunjukkan data bagi tahun terkini, tetapi data penuh boleh dimuat turun.

Definisi pembolehubah
  • Tarikh
  • Jantina
  • Kumpulan Umur
  • Kumpulan Etnik
  • Penduduk ('000)
Kemaskini terakhir:

31 Jul 2024, 12:00

Kemaskini seterusnya:

31 Jul 2025, 12:00

Sumber data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/population/population_malaysia.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=population_malaysia&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)
jata negara

Jabatan Perangkaan Malaysia

Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam