Jadual hayat ringkas bagi Malaysia mengikut jantina, kumpulan etnik dan kumpulan umur. Jadual pratonton hanya menunjukkan data bagi tahun terkini, tetapi data penuh boleh dimuat turun.
0 paparan·0 muat turun
Jadual hayat disusun oleh DOSM berdasarkan kematian yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan anggaran penduduk pertengahan tahun, menggunakan jadual hayat model Coale-Demeny (West). Bagi mengurangkan turun naik rawak, jadual hayat muktamad bagi sesuatu tahun menggunakan purata bilangan kematian bagi tahun tersebut serta tahun sebelum dan selepasnya; angka permulaan menggunakan anggaran kematian bagi tahun berikutnya, manakala anggaran bagi tahun terkini menggunakan kematian bagi tahun tersebut sahaja. Jangkaan hayat ialah purata bilangan tahun seseorang dijangka hidup dari sesuatu umur, sekiranya kadar kematian mengikut umur bagi tahun tersebut kekal sepanjang hayatnya. Jangkaan hayat ketika lahir tidak dipengaruhi oleh struktur umur penduduk.
Jadual hayat bagi kedua-dua jantina, serta bagi Melayu dan Bumiputera lain, tersedia mulai 2020. Jadual hayat bagi 'Lain-lain' (lain-lain kumpulan etnik termasuk bukan warganegara) kali terakhir diterbitkan bagi 2025, manakala jadual hayat bagi semua warganegara dan bukan warganegara bermula pada 2024.
Setiap keluaran tahunan menyemak semula dua tahun sebelumnya: angka bagi tahun terkini adalah anggaran dan angka bagi tahun sebelumnya adalah permulaan, dan kedua-duanya akan disemak semula dalam keluaran berikutnya. Setiap tahun dalam set data ini diambil daripada keluaran terkini yang meliputi tahun tersebut. Angka dari 2020 dan seterusnya adalah berdasarkan anggaran penduduk daripada Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, manakala angka bagi 2010-2019 adalah berdasarkan Banci 2010 dan akan disemak semula pada masa hadapan.
OpenDOSM memaparkan papan pemuka tentang Jangkaan Hayat yang membolehkan anda menerokai data ini dengan lebih interaktif!
Jadual hayat ringkas bagi Malaysia mengikut jantina, kumpulan etnik dan kumpulan umur. Jadual pratonton hanya menunjukkan data bagi tahun terkini, tetapi data penuh boleh dimuat turun.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
|---|---|---|
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan MM-DD ditetapkan sebagai 01-01 kerana data berfrekuensi tahunan |
ethnicity (Kategori) | Kumpulan Etnik | Salah satu daripada semua penduduk, termasuk bukan warganegara ('overall'), semua warganegara ('citizen'), Bumiputera ('bumi'), Melayu ('bumi_malay'), Bumiputera lain ('bumi_other'), Cina ('chinese'), India ('indian'), lain-lain kumpulan etnik termasuk bukan warganegara ('other'), atau bukan warganegara ('noncitizen') |
sex (Kategori) | Jantina | Sama ada kedua-dua jantina ('both'), lelaki ('male') atau perempuan ('female') |
age (Kategori) | Kumpulan Umur | Bawah 1 tahun ('0'), 1-4 tahun ('1-4'), kemudian kumpulan umur 5 tahun (5-9, 10-14, ..., 75-79); 80+ adalah kumpulan yang tertua |
prob_death (Apung) | Kebarangkalian Mati | Kebarangkalian seseorang yang hidup pada permulaan kumpulan umur mati sebelum mencapai penghujungnya (nqx) |
deaths (Integer) | Kematian | Bilangan kematian dalam kumpulan umur, daripada kohort hipotetikal 100,000 kelahiran (ndx) |
mortality_rate (Apung) | Kadar Tengah Mortaliti | Kematian dalam kumpulan umur bagi setiap tahun-orang yang dihidupi dalamnya (nmx) |
survivors (Integer) | Penakat | Bilangan daripada 100,000 kelahiran yang masih hidup pada permulaan kumpulan umur (lx) |
person_years (Integer) | Tahun-Orang Dihidupi | Jumlah bilangan tahun yang dihidupi oleh kohort dalam kumpulan umur (nLx) |
survival_ratio (Apung) | Nisbah Ketakatan | Kadar penduduk dalam kumpulan umur yang terus hidup ke kumpulan umur 5 tahun berikutnya (nSx). Bagi '0', dari kelahiran ke kumpulan umur 0-4; bagi '1-4', dari kumpulan umur 0-4 ke 5-9; bagi '75-79', ke 80+. Tidak berkenaan bagi 80+ |
person_years_remaining (Integer) | Jumlah Tahun-Orang Selepas Umur Tepat | Jumlah bilangan tahun yang dihidupi oleh kohort dari permulaan kumpulan umur dan seterusnya (Tx) |
life_expectancy (Apung) | Jangkaan Hayat | Purata bilangan tahun lagi seseorang pada permulaan kumpulan umur dijangka hidup (ex) |
30 Sep 2026, 18:00
31 Okt 2027, 12:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/demography/lifetables.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.
import requests
import pprint
url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=lifetables&limit=3"
response_json = requests.get(url=url).json()
pprint.pprint(response_json)Jabatan Perangkaan Malaysia
© 2026 Jabatan Perangkaan Malaysia
Data Terbuka
data.gov.my