IPP mengikut Kumpulan (3 digit)

Data setakat Feb 2024

Pengeluaran sebenar bagi tiga sektor industri utama mengikut kumpulan MSIC (3 digit). Jadual memberi pratonton kepada set data penuh dengan menggunakan data bulan terkini sahaja.

0 paparan·0 muat turun

Bagaimana data ini dijana?

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) dirangka untuk mengukur pengeluaran komoditi perindustrian di sektor perlombongan, pembuatan dan elektrik dalam istilah sebenar (iaitu dari segi pengeluaran dan bukannya nilai jualan). IPP dirangka berdasarkan data tersebut:

  • Data bulanan pengeluaran minyak mentah dan gas asli daripada PETRONAS.
  • Data bulanan pengeluaran bagi 245 industri terpilih dalam sektor pembuatan melalui Survei Pembuatan Bulanan, yang merangkumi pertubuhan dengan sumbangan signifikan dari segi nilai jualan.
  • Data bulanan pengeluaran minyak kelapa sawit mentah, minyak kelapa sawit bertapis dan minyak isi rong kelapa sawit daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
  • Data bulanan penjanaan tenaga elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, sila merujuk kepada Nota Teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Data terlaras secara musim (bagi semua kumpulan) dan data bagi kumpulan dalam seksyen elektrik (D, 351 hingga 353) tidak dibekalkan pada peringkat 3 digit. Tambahan:

  • Walaupun seksyen perlombongan (B) mengandungi 10 kumpulan, hanya data bagi minyak mentah dan gas asli (061 dan 062) dibekalkan dalam set data ini, kerana pengiraan IPI tidak melibatkan 8 kumpulan lain. Seksyen pembuatan (C) mengandungi 71 kumpulan. Namun, data bagi kumpulan 191 dan 304 tidak dibekalkan kerana pengiraan IPI tidak melibatkan kumpulan tersebut. Data bagi kumpulan 252 disekalikan dengan kumpulan 251 dalam set data kerana margin ralat yang tinggi apabila dipisahkan.

Penerbitan berdasarkan data ini

Indeks Pengeluaran Perindustrian, Feb 2024, edisi terkini bagi statistik harga pengeluaran perindustrian yang diterbitkan oleh DOSM. OpenDOSM sendiri juga memaparkan papan pemuka khas tentang pengeluaran perindustrian.

Metadata

Penerangan dataset

Pengeluaran sebenar bagi tiga sektor industri utama mengikut kumpulan MSIC (3 digit). Jadual memberi pratonton kepada set data penuh dengan menggunakan data bulan terkini sahaja.

Definisi pembolehubah
  • Jenis Siri
  • Tarikh
  • Kumpulan
  • Indeks
Kemaskini terakhir:

08 Apr 2024, 12:00

Kemaskini seterusnya:

10 Mei 2024, 12:00

Sumber data
  • DOSM
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/ipi/ipi_3d.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Katalog data ini tidak boleh diakses melalui OpenAPI kerana sifat data yang tidak sesuai untuk akses API. Sila gunakan pautan muat turun yang disediakan untuk dataset penuh seperti yang ditunjukkan di bahagian atas.

jata negara

Jabatan Perangkaan Malaysia

© 2024 Data Terbuka Sektor Awam