Prestasi subsektor perdagangan borong & runcit mengikut kumpulan MSIC (3 digit), merangkumi nilai dan volum jualan. Jadual memberi pratonton kepada set data penuh dengan menggunakan data bulan terkini sahaja.
0 paparanΒ·0 muat turun
Statistik mengenai subsektor perdagangan borong dan runcit dihasilkan menggunakan data yang dikumpul melalui Survei Perdagangan Borong & Runcit Bulanan. Data tersebut meliputi semua pertubuhan yang berdaftar dengan badan-badan kawal selia yang terlibat dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit, dan dilaporkan berdasarkan penyata untung dan rugi, penyata kewangan, serta dokumen sokongan sah yang lain. Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, sila merujuk kepada Nota Teknikal.
Dalam keadaan di mana akaun kewangan sesebuah pertubuhan itu tidak selesai atau tidak tersedia, data dilaporkan berdasarkan anggaran terbaik. Tambahan, sila ambil perhatian bahawa data indeks volum terlaras secara musim tidak dihasilkan pada peringkat kumpulan (3 digit).
Perdagangan Borong dan Runcit, Okt 2024, edisi terkini bagi statistik perdagangan borong dan runcit yang diterbitkan oleh DOSM. OpenDOSM sendiri juga memaparkan papan pemuka khas tentang perdagangan borong dan runcit.
Prestasi subsektor perdagangan borong & runcit mengikut kumpulan MSIC (3 digit), merangkumi nilai dan volum jualan. Jadual memberi pratonton kepada set data penuh dengan menggunakan data bulan terkini sahaja.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
---|---|---|
series (Rentetan) | Jenis Siri | Jenis siri, sama ada nilai mutlak ('abs'), pertumbuhan tahunan ('growth_yoy') atau pertumbuhan bulanan ('growth_mom') |
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan DD diberi nilai 01 kerana data berfrekuensi bulanan |
group (Rentetan) | Kumpulan | Kod 3 digit, yang perlu dipadankan dengan medan 'group' dalam Jadual MSIC. Padanan tersebut akan membolehkan anda mendapat keterangan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. |
sales (Apung, RM juta) | Nilai Jualan | Jumlah yang dibayar oleh para pelanggan, dalam RM juta |
volume (Apung) | Indeks Volum | Jumlah barang yang dijual, sebagai indeks dengan asas 2015 = 100 |
11 Dis 2024, 12:00
10 Jan 2025, 12:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/iowrt/iowrt_3d.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)
Katalog data ini tidak boleh diakses melalui OpenAPI kerana sifat data yang tidak sesuai untuk akses API. Sila gunakan pautan muat turun yang disediakan untuk dataset penuh seperti yang ditunjukkan di bahagian atas.
Jabatan Perangkaan Malaysia
Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam
Data Terbuka
data.gov.my