Kemiskinan Mengikut Negeri

Data setakat 2022

Kadar kemiskinan mengikut negeri dari 1970 hingga 2022.

0 paparanΒ·0 muat turun

Table

Kemiskinan Tegar

Kemiskinan Mutlak

Bagaimana data ini dijana?

Secara am, definisi kemiskinan adalah pendapatan isi rumah di bawah sesuatu aras pendapatan. Oleh itu, statistik mengenai kemiskinan di Malaysia dihasilkan dan diterbitkan bersama dengan statistik pendapatan isi rumah yang dihasilkan daripada Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES), yang dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali dalam mana-mana tempoh 5 tahun. Set data ini memaparkan 3 definisi kemiskinan:

  1. Kemiskinan Mutlak: Sebuah isi rumah dianggap berada dalam kemiskinan mutlak jika pendapatan kasar bulanan isi rumah mereka berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Ini menunjukkan bahawa isi rumah tersebut tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk memenuhi keperluan asas.
  2. Kemiskinan Tegar: Sebuah isi rumah dianggap berada dalam kemiskinan tegar jika pendapatan kasar bulanan isi rumah mereka berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan Makanan (PGK Makanan). Ini menunjukkan bahawa isi rumah tersebut tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk memenuhi keperluan kalorie asas. Kemiskinan tegar adalah subset kepada kemiskinan mutlak.
  3. Kemiskinan Relatif: Sebuah isi rumah dianggap berada dalam kemiskinan relasif jika pendapatan kasar bulanan isi rumah mereka berada di bawah separuh pendapatan penengah negeri. Indikator ini digunakan untuk menganalisis ketersisihan relatif dalam negara, terutamanya apabila kadar kemiskinan mutlak dan tegar semakin mendekati kosong seperti mana yang berlaku di Malaysia.

Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, terutamanya mengenai pengiraan PGK serta evolusi dan nuansanya, sila rujuk kepada nota teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Memandangkan bahawa data ini dihasilkan daripada survey yang menjangkau lebih dari setengah abad, perubahan metodologi berikut harus diberi perhatian:

  • Data untuk 1970 dan 1974 merujuk kepada Semenanjung Malaysia sahaja. Tahun 1976 adalah tahun pertama di mana Sabah dan Sarawak disekalikan dalam tinjauan.
  • Mulai 1989, data merujuk kepada warganegara Malaysia sahaja. Walaupun warga asing juga disekalikan dalam tinjauan, statistik rasmi (yang menjadi asas untuk dasar nasional) hanya berdasarkan warganegara sahaja.
  • Kuala Lumpur diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Oleh itu, data untuk W.P. Kuala Lumpur hanya tersedia mulai 1976. Sebelum itu, data untuk penduduk W.P. Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada Selangor. Labuan diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984. Namun, disebabkan oleh kekangan dalam pengsampelan, data bagi W.P. Labuan hanya tersedia mulai 2004. Sebelum itu, data untuk penduduk W.P. Labuan adalah sebahagian daripada Sabah.
  • Putrajaya diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001. Namun, disebabkan oleh kekangan dalam pengsampelan, data bagi W.P. Putrajaya hanya tersedia mulai 2007. Sebelum itu, data untuk penduduk W.P. Putrajaya adalah sebahagian daripada Selangor.

Penerbitan berdasarkan data ini

Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah, 2022, edisi terkini bagi statistik pendapatan isi rumah yang diterbitkan oleh DOSM. OpenDOSM juga membekalkan dashboard pendapatan isi rumah yang membolehkan anda menerokai data pendapatan isi rumah Malaysia secara interaktif.

Metadata

Penerangan dataset

Kadar kemiskinan mengikut negeri dari 1970 hingga 2022.

Definisi pembolehubah
  • Negeri
  • Tarikh
  • Kadar Kemiskinan Mutlak
  • Kadar Kemiskinan Tegar
  • Kadar Kemiskinan Relatif
Kemaskini terakhir:

28 Jul 2023, 12:00

Kemaskini seterusnya:

N/A

Sumber data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/hies/hh_poverty_state.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=hh_poverty_state&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)
jata negara

Jabatan Perangkaan Malaysia

Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam