KDNK Sebenar Tahunan mengikut Negeri & Sektor Ekonomi

Data setakat 2023

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) tahunan peringkat negeri pada harga malar 2015 bagi 5 sektor ekonomi utama.

0 paparanΒ·0 muat turun

Table

KDNK Sebenar

Bagaimana data ini dijana?

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) adalah jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam tahun tersebut, selepas ditolak kos barangan dan perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran, tetapi sebelum ditolak penggunaan modal tetap. Di Malaysia, anggaran KDNK dihasilkan selaras dengan Sistem Akaun Nasional (2008).

Secara am, KDNK boleh diukur melalui 3 kaedah, iaitu pengeluaran, perbelanjaan, dan pendapatan. Memandangkan bahawa pengukurannya menggunakan sistem perakaunan catatan bergu, angka keseluruhan mesti sama bagi ketiga-tiga kaedah tersebut. Namun, kaedah yang berbeza itu membolehkan analisis KDNK yang berlainan. Anggaran KDNK dalam set data ini dihasilkan melalui kaedah pengeluaran (juga dikenali sebagai kaedah nilai ditambah), yang membolehkan perincian sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK keseluruhan. Oleh itu, hasil daripada kaedah pengeluaran juga dirujuk dalam tulisan ekonomi sebagai KDNK dari segi penawaran (supply-side GDP). Angka-angka diukur pada harga malar 2015, iaitu dengan mengeluarkan kesan harga berbanding tahun asas (2015 = 100). Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, sila merujuk kepada Nota Teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

  • Nilai bagi W.P. Putrajaya dimasukkan bawah nilai W.P. Kuala Lumpur kerana kesukaran dalam membezakan punca nilai ekonomi.
  • Angka bagi 2022 dan 2023 mungkin disemak semula dalam penerbitan akan datang.
  • Hasil tambah nilai KDNK bagi semua sektor mungkin tidak sentiasa sama dengan nilai KDNK keseluruhan kerana pembundaran secara bebas. Walau bagaimanapun, perbezaan ini tidak ketara.

Penerbitan berdasarkan data ini

Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut Negeri, 2023, edisi terkini bagi statistik KDNK tahunan yang diterbitkan oleh DOSM. OpenDOSM sendiri juga membekalkan dashboard KDNK yang membolehkan anda menerokai data KDNK Malaysia secara interaktif.

Metadata

Penerangan dataset

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) tahunan peringkat negeri pada harga malar 2015 bagi 5 sektor ekonomi utama.

Definisi pembolehubah
  • Jenis Siri
  • Tarikh
  • Negeri
  • Sektor Ekonomi
  • Nilai
Kemaskini terakhir:

02 Jul 2024, 12:00

Kemaskini seterusnya:

02 Jul 2025, 12:00

Sumber data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/gdp/gdp_state_real_supply.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=gdp_state_real_supply&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)
jata negara

Jabatan Perangkaan Malaysia

Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam