KDNK Sebenar Suku Tahunan (Terlaras secara Musim) mengikut Jenis Perbelanjaan

Data setakat ST2 2024

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) suku tahunan yang terlaras secara musim pada harga malar 2015, mengikut jenis perbelanjaan.

0 paparan·0 muat turun

Table

KDNK Sebenar (tsm)

Bagaimana data ini dijana?

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) adalah jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam tahun tersebut, selepas ditolak kos barangan dan perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran, tetapi sebelum ditolak penggunaan modal tetap. Di Malaysia, anggaran KDNK dihasilkan selaras dengan Sistem Akaun Nasional (2008).

Secara am, KDNK boleh diukur melalui 3 kaedah, iaitu pengeluaran, perbelanjaan, dan pendapatan. Memandangkan bahawa pengukurannya menggunakan sistem perakaunan catatan bergu, angka keseluruhan mesti sama bagi ketiga-tiga kaedah tersebut. Namun, kaedah yang berbeza itu membolehkan analisis KDNK yang berlainan. Anggaran KDNK dalam set data ini dihasilkan melalui kaedah perbelanjaan (C + I + G + X - M), yang membolehkan analisis tentang siapa yang membeli pengeluaran ekonomi Malaysia; sama ada isi rumah, perniagaan, kerajaan, atau negara lain. Angka-angka diukur pada harga malar 2015, iaitu dengan mengeluarkan kesan harga berbanding tahun asas (2015 = 100). Pelarasan musim dilaksanakan dengan menggunakan X-12-ARIMA, bersekali dengan prosedur Seasonal Adjustment for Malaysia (SEAM) untuk menyingkirkan kesan cuti bergerak yang wujud akibat kalendar nasional Malaysia yang unik. Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, sila merujuk kepada Nota Teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Angka bagi 2022, 2023 dan 2024 mungkin disemak semula dalam penerbitan akan datang. Tambahan, hasil tambah nilai KDNK bagi semua jenis perbelanjaan mungkin tidak sentiasa sama dengan nilai KDNK keseluruhan kerana pembundaran secara bebas. Walau bagaimanapun, perbezaan ini tidak ketara.

Penerbitan berdasarkan data ini

Keluaran Dalam Negeri Kasar, ST2 2024, edisi terkini bagi statistik KDNK suku tahunan yang diterbitkan oleh DOSM. OpenDOSM sendiri juga membekalkan dashboard KDNK yang membolehkan anda menerokai data KDNK Malaysia secara interaktif.

Metadata

Penerangan dataset

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) suku tahunan yang terlaras secara musim pada harga malar 2015, mengikut jenis perbelanjaan.

Definisi pembolehubah
  • Jenis Siri
  • Tarikh
  • Jenis Perbelanjaan
  • Nilai
Kemaskini terakhir:

16 Ogo 2024, 12:00

Kemaskini seterusnya:

15 Nov 2024, 12:00

Sumber data
  • DOSM
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/gdp/gdp_qtr_real_sa_demand.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=gdp_qtr_real_sa_demand&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)
jata negara

Jabatan Perangkaan Malaysia

© 2024 Data Terbuka Sektor Awam