KDNK Sebenar Tahunan mengikut Subsektor Ekonomi

Data setakat 2023

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) tahunan pada harga malar 2015 mengikut subsektor ekonomi. Jadual memberi pratonton kepada set data penuh dengan menggunakan data tahun terkini sahaja.

0 paparanΒ·0 muat turun

Bagaimana data ini dijana?

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) adalah jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam tahun tersebut, selepas ditolak kos barangan dan perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran, tetapi sebelum ditolak penggunaan modal tetap. Di Malaysia, anggaran KDNK dihasilkan selaras dengan Sistem Akaun Nasional (2008).

Secara am, KDNK boleh diukur melalui 3 kaedah, iaitu pengeluaran, perbelanjaan, dan pendapatan. Memandangkan bahawa pengukurannya menggunakan sistem perakaunan catatan bergu, angka keseluruhan mesti sama bagi ketiga-tiga kaedah tersebut. Namun, kaedah yang berbeza itu membolehkan analisis KDNK yang berlainan. Anggaran KDNK dalam set data ini dihasilkan melalui kaedah pengeluaran (juga dikenali sebagai kaedah nilai ditambah), yang membolehkan perincian sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK keseluruhan. Oleh itu, hasil daripada kaedah pengeluaran juga dirujuk dalam tulisan ekonomi sebagai KDNK dari segi penawaran (supply-side GDP). Angka-angka diukur pada harga malar 2015, iaitu dengan mengeluarkan kesan harga berbanding tahun asas (2015 = 100). Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, sila merujuk kepada Nota Teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Angka bagi 2022 dan 2023 mungkin disemak semula dalam penerbitan akan datang. Tambahan, hasil tambah nilai KDNK bagi semua sektor mungkin tidak sentiasa sama dengan nilai KDNK keseluruhan kerana pembundaran secara bebas. Walau bagaimanapun, perbezaan ini tidak ketara.

Penerbitan berdasarkan data ini

Keluaran Dalam Negeri Kasar, 2023, edisi terkini bagi statistik KDNK tahunan yang diterbitkan oleh DOSM. OpenDOSM sendiri juga membekalkan dashboard KDNK yang membolehkan anda menerokai data KDNK Malaysia secara interaktif.

Metadata

Penerangan dataset

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) tahunan pada harga malar 2015 mengikut subsektor ekonomi. Jadual memberi pratonton kepada set data penuh dengan menggunakan data tahun terkini sahaja.

Definisi pembolehubah
  • Jenis Siri
  • Tarikh
  • Sektor Ekonomi
  • Nilai
Kemaskini terakhir:

17 Mei 2024, 12:00

Kemaskini seterusnya:

16 Mei 2025, 12:00

Sumber data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/gdp/gdp_annual_real_supply_sub.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Katalog data ini tidak boleh diakses melalui OpenAPI kerana sifat data yang tidak sesuai untuk akses API. Sila gunakan pautan muat turun yang disediakan untuk dataset penuh seperti yang ditunjukkan di bahagian atas.

jata negara

Jabatan Perangkaan Malaysia

Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam