KDNK Nominal Tahunan mengikut Komponen Pendapatan

Data setakat 2022

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) tahunan pada harga semasa, mengikut komponen pendapatan.

0 paparan·0 muat turun

Table

KDNK Nominal

Bagaimana data ini dijana?

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) adalah jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam tahun tersebut, selepas ditolak kos barangan dan perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran, tetapi sebelum ditolak penggunaan modal tetap. Di Malaysia, anggaran KDNK dihasilkan selaras dengan Sistem Akaun Nasional (2008).

Secara am, KDNK boleh diukur melalui 3 kaedah, iaitu pengeluaran, perbelanjaan, dan pendapatan. Memandangkan bahawa pengukurannya menggunakan sistem perakaunan catatan bergu, angka keseluruhan mesti sama bagi ketiga-tiga kaedah tersebut. Namun, kaedah yang berbeza itu membolehkan analisis KDNK yang berlainan. Anggaran KDNK dalam set data ini dihasilkan melalui kaedah pendapatan, yang membolehkan analisis tentang siapa yang memperoleh pendapatan yang dijana oleh ekonomi Malaysia; sama ada pekerja, syarikat, atau kerajaan (melalui cukai bersih). Angka-angka diukur pada harga semasa, iaitu tidak mengeluarkan kesan harga. Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, sila merujuk kepada Nota Teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Angka bagi 2021 dan 2022 mungkin disemak semula dalam penerbitan akan datang. Tambahan, hasil tambah nilai KDNK bagi semua komponen pendapatan mungkin tidak sentiasa sama dengan nilai KDNK keseluruhan kerana pembundaran secara bebas. Walau bagaimanapun, perbezaan ini tidak ketara.

Penerbitan berdasarkan data ini

Keluaran Dalam Negeri Kasar (Kaedah Pendapatan), 2022, edisi terkini bagi statistik KDNK (kaedah pendapatan) tahunan yang diterbitkan oleh DOSM. OpenDOSM sendiri juga membekalkan dashboard KDNK yang membolehkan anda menerokai data KDNK Malaysia secara interaktif.

Metadata

Penerangan dataset

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) tahunan pada harga semasa, mengikut komponen pendapatan.

Definisi pembolehubah
  • Jenis Siri
  • Tarikh
  • Jenis Perbelanjaan
  • Nilai
Kemaskini terakhir:

26 Jul 2023, 12:00

Kemaskini seterusnya:

25 Jul 2024, 12:00

Sumber data
  • DOSM
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/gdp/gdp_annual_nominal_income.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=gdp_annual_nominal_income&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)
jata negara

Jabatan Perangkaan Malaysia

© 2024 Data Terbuka Sektor Awam