Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) tahunan pada harga semasa, mengikut jenis dan subjenis perbelanjaan. Jadual memberi pratonton kepada set data penuh dengan menggunakan data tahun terkini sahaja.
0 paparanΒ·0 muat turun
Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) adalah jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam tahun tersebut, selepas ditolak kos barangan dan perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran, tetapi sebelum ditolak penggunaan modal tetap. Di Malaysia, anggaran KDNK dihasilkan selaras dengan Sistem Akaun Nasional (2008).
Secara am, KDNK boleh diukur melalui 3 kaedah, iaitu pengeluaran, perbelanjaan, dan pendapatan. Memandangkan bahawa pengukurannya menggunakan sistem perakaunan catatan bergu, angka keseluruhan mesti sama bagi ketiga-tiga kaedah tersebut. Namun, kaedah yang berbeza itu membolehkan analisis KDNK yang berlainan. Anggaran KDNK dalam set data ini dihasilkan melalui kaedah perbelanjaan (C + I + G + X - M), yang membolehkan analisis tentang siapa yang membeli pengeluaran ekonomi Malaysia; sama ada isi rumah, perniagaan, kerajaan, atau negara lain. Angka-angka diukur pada harga semasa, iaitu tidak mengeluarkan kesan harga. Untuk mendapat perincian metodologi yang penuh, sila merujuk kepada Nota Teknikal.
Angka bagi 2022 dan 2023 mungkin disemak semula dalam penerbitan akan datang. Tambahan, hasil tambah nilai KDNK bagi semua jenis perbelanjaan mungkin tidak sentiasa sama dengan nilai KDNK keseluruhan kerana pembundaran secara bebas. Walau bagaimanapun, perbezaan ini tidak ketara.
Keluaran Dalam Negeri Kasar, 2023, edisi terkini bagi statistik KDNK tahunan yang diterbitkan oleh DOSM. OpenDOSM sendiri juga membekalkan dashboard KDNK yang membolehkan anda menerokai data KDNK Malaysia secara interaktif.
Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) tahunan pada harga semasa, mengikut jenis dan subjenis perbelanjaan. Jadual memberi pratonton kepada set data penuh dengan menggunakan data tahun terkini sahaja.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
---|---|---|
series (Rentetan) | Jenis Siri | Jenis siri, sama ada nilai mutlak ('abs') atau pertumbuhan tahunan ('growth_yoy') |
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan MM-DD diberi nilai 01-01 kerana data berfrekuensi tahunan |
type (Rentetan) | Jenis Perbelanjaan | Kod bagi jenis atau subjenis perbelanjaan, yang perlu dipadankan dengan Jadual Carian. Jadual carian akan memberi definisi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. |
value (Apung) | Nilai | Sama ada nilai KDNK dalam RM juta (bagi baris dengan jenis siri 'abs') ataupun kadar pertumbuhan KDNK sebagai peratus (bagi baris dengan jenis siri 'growth_yoy') |
17 Mei 2024, 12:00
16 Mei 2025, 12:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/gdp/gdp_annual_nominal_demand_sub.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)
Katalog data ini tidak boleh diakses melalui OpenAPI kerana sifat data yang tidak sesuai untuk akses API. Sila gunakan pautan muat turun yang disediakan untuk dataset penuh seperti yang ditunjukkan di bahagian atas.
Jabatan Perangkaan Malaysia
Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam
Data Terbuka
data.gov.my