Kematian Kanak-kanak Tahunan mengikut Negeri

Data setakat 2022

Jumlah tahunan kematian yang berumur 1-4 tahun mengikut negeri.

0 paparan·0 muat turun

Table

Kematian Kanak-kanak

Kadar Mortaliti Kanak-kanak

Bagaimana data ini dijana?

Kematian kanak-kanak merujuk kepada kematian seseorang yang berumur 1-4 tahun. Dalam erti kata lain, set data ini adalah subset daripada set data kematian. Medan 'negeri' yang dilaporan dalam set data ini adalah berdasarkan tempat kediaman biasa simati dan bukannya lokasi geografi di mana simati telah meninggal dunia. Sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur tetapi menetap di Selangor, maka kematian tersebut akan direkodkan sebagai kematian kanak-kanak bagi Selangor. Untuk memahami metodologi dengan lebih terperinci, sila rujuk kepada Nota Teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Data ini dihasilkan berdasarkan kematian yang didaftarkan dengan JPN. Oleh itu, sekiranya kematian kanak-kanak itu tidak didaftarkan dengan JPN (contohnya sekiranya kematian kanak-kanak bukan warganegara hanya didaftarkan di negara asal, ataupun kematian kanak-kanak di kawasan yang sangat terpencil tidak didaftarkan) maka ia secara am tidak terkandung dalam set data ini. Namun, penyesuaian data kematian di Sabah telah dilaksanakan kerana kurang liputan pendaftaran yang didapati berdasarkan 'Kajian Kurang Liputan Pendaftaran Kematian di Sabah' yang telah dijalankan oleh DOSM dan diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Civil Registration and Vital Statistics pada tahun 2016.

Penerbitan berdasarkan data ini

OpenDOSM memaparkan papan pemuka tentang Penduduk & Perangkaan Penting yang membolehkan anda menerokai data ini dengan lebih interaktif!

Metadata

Penerangan dataset

Jumlah tahunan kematian yang berumur 1-4 tahun mengikut negeri.

Definisi pembolehubah
  • Negeri
  • Tarikh
  • Kematian Kanak-kanak
  • Kadar Mortaliti Kanak-kanak
Kemaskini terakhir:

17 Okt 2023, 12:00

Kemaskini seterusnya:

17 Okt 2024, 12:00

Sumber data
  • JPN
  • DOSM
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/demography/death_toddler_state.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=deaths_toddler_state&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)
jata negara

Jabatan Perangkaan Malaysia

© 2024 Data Terbuka Sektor Awam