Jumlah tahunan kematian wanita semasa mengandung atau melahirkan anak, mengikut negeri.
0 paparanΒ·0 muat turun
Kematian ibu bersalin merujuk kepada kematian seorang wanita ketika mengandung atau melahirkan anak, atau dalam tempoh 42 hari selepas melahirkan anak atau keguguran. Tambahan, kematian tersebut mestilah akibat daripada proses kehamilan dan pengendaliannya atau penyakit-penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu, dan bukannya daripada kemalangan atau sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Medan 'negeri' yang dilaporan dalam set data ini adalah berdasarkan tempat kediaman biasa simati dan bukannya lokasi geografi di mana simati telah meninggal dunia. Sebagai contoh, jika seorang wanita yang menetap di Selangor meninggal dunia semasa melahirkan anak di sebuah hospital di Kuala Lumpur, kematian tersebut akan direkodkan sebagai kematian ibu bersalin bagi Selangor. Untuk memahami metodologi dengan lebih terperinci, sila rujuk kepada Nota Teknikal.
Data ini dihasilkan berdasarkan kematian yang didaftarkan dengan JPN. Oleh itu, sekiranya kematian ibu bersalin itu tidak didaftarkan dengan JPN (contohnya sekiranya kematian ibu bersalin bukan warganegara hanya didaftarkan di negara asal, ataupun kematian ibu bersalin di kawasan yang sangat terpencil tidak didaftarkan) maka ia secara am tidak terkandung dalam set data ini. Namun, penyesuaian data kematian di Sabah telah dilaksanakan kerana kurang liputan pendaftaran yang didapati berdasarkan 'Kajian Kurang Liputan Pendaftaran Kematian di Sabah' yang telah dijalankan oleh DOSM dan diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Civil Registration and Vital Statistics pada tahun 2016.
OpenDOSM memaparkan papan pemuka tentang Penduduk & Perangkaan Penting yang membolehkan anda menerokai data ini dengan lebih interaktif!
Jumlah tahunan kematian wanita semasa mengandung atau melahirkan anak, mengikut negeri.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
---|---|---|
state (Kategori) | Negeri | Satu daripada 16 negeri |
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan MM-DD ditetapkan sebagai 01-01 kerana data berfrekuensi tahunan |
abs (Integer) | Kematian Ibu Bersalin | Jumlah kematian ibu bersalin dalam tahun tersebut |
rate (Integer) | Kadar Mortaliti Ibu Bersalin | Jumlah kematian ibu bersalin bagi setiap 100,000 kelahiran hidup |
17 Okt 2024, 12:00
01 Nov 2025, 12:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/demography/death_maternal_state.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)
Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.
import requests
import pprint
url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=deaths_maternal_state&limit=3"
response_json = requests.get(url=url).json()
pprint.pprint(response_json)
Jabatan Perangkaan Malaysia
Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam
Data Terbuka
data.gov.my