Kelahiran Hidup Tahunan mengikut Daerah & Jantina

Data setakat 2022

Jumlah kelahiran tahunan yang bernyawa semasa dilahirkan, mengikut daerah dan jantina.

0 paparanΒ·0 muat turun

Bagaimana data ini dijana?

Kelahiran hidup adalah kelahiran yang bernyawa semasa dilahirkan, walaupun hanya untuk seketika. Data mengenai kelahiran hidup di Malaysia dihasilkan berdasarkan maklumat yang dilaporkan semasa proses pendaftaran kelahiran, khususnya dalam Borang Pendaftaran Kelahiran (JPN.LM01). Khususnya, medan 'daerah' yang dilaporkan dalam set data ini adalah berdasarkan tempat kediaman ibu dan bukannya lokasi geografi di mana bayi itu dilahirkan. Sebagai contoh, bayi yang dilahirkan di sebuah hospital di Petaling kepada ibu yang menetap di Sepang akan dikira sebagai kelahiran hidup bagi Sepang. Untuk memahami metodologi dengan lebih terperinci, sila rujuk kepada Nota Teknikal.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Data ini dihasilkan berdasarkan kelahiran yang didaftarkan dengan JPN. Oleh itu, sekiranya kelahiran itu tidak didaftarkan dengan JPN (contohnya sekiranya rakyat asing hanya mendaftar kelahiran anaknya di negara asal, ataupun penduduk di kawasan yang sangat terpencil belum mendaftarkan anaknya) maka ia tidak terkandung dalam set data ini.

Tambahan lagi, harus diambil perhatian bahawa bilangan daerah pentadbiran telah bertambah dari 147 ke 160 pada tahun 2021, kerana pengwujudan daerah pentadbiran baru di Kelantan (1), Perak (1), Sabah (2), dan Sarawak (9).

Penerbitan berdasarkan data ini

Terdapat dua papan pemuka yang membolehkan anda menerokai set data ini (bersekali dengan data lain) dengan lebih interaktif:

Metadata

Penerangan dataset

Jumlah kelahiran tahunan yang bernyawa semasa dilahirkan, mengikut daerah dan jantina.

Definisi pembolehubah
  • Tarikh
  • Negeri
  • Daerah Pentadbiran
  • Jantina
  • Kelahiran Hidup
  • Kadar Kelahiran
Kemaskini terakhir:

17 Okt 2023, 12:00

Kemaskini seterusnya:

17 Okt 2024, 12:00

Sumber data
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/demography/birth_district_sex.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=births_district_sex&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)
jata negara

Jabatan Perangkaan Malaysia

Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam