Jumlah kelahiran tahunan yang bernyawa semasa dilahirkan, dengan pecahan mengikut jantina, kumpulan etnik dan negeri.
0 paparanΒ·0 muat turun
Kelahiran hidup adalah kelahiran yang bernyawa semasa dilahirkan, walaupun hanya untuk seketika. Data mengenai kelahiran hidup di Malaysia dihasilkan berdasarkan maklumat yang dilaporkan semasa proses pendaftaran kelahiran, khususnya dalam Borang Pendaftaran Kelahiran (JPN.LM01). Khususnya, medan 'negeri' yang dilaporkan dalam set data ini adalah berdasarkan tempat kediaman ibu dan bukannya lokasi geografi di mana bayi itu dilahirkan. Sebagai contoh, bayi yang dilahirkan di sebuah hospital di Kedah kepada ibu yang menetap di Perlis akan dikira sebagai kelahiran hidup bagi Perlis. Untuk memahami metodologi dengan lebih terperinci, sila rujuk kepada Nota Teknikal.
Data ini dihasilkan berdasarkan kelahiran yang didaftarkan dengan JPN. Oleh itu, sekiranya kelahiran itu tidak didaftarkan dengan JPN (contohnya sekiranya rakyat asing hanya mendaftar kelahiran anaknya di negara asal, ataupun penduduk di kawasan yang sangat terpencil belum mendaftarkan anaknya) maka ia tidak terkandung dalam set data ini.
Terdapat dua papan pemuka yang membolehkan anda menerokai set data ini (bersekali dengan data lain) dengan lebih interaktif:
Jumlah kelahiran tahunan yang bernyawa semasa dilahirkan, dengan pecahan mengikut jantina, kumpulan etnik dan negeri.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
---|---|---|
state (Kategori) | Negeri | Satu daripada 16 negeri |
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan MM-DD ditetapkan sebagai 01-01 kerana data berfrekuensi tahunan |
sex (Kategori) | Jantina | Sama ada kedua-dua jantina ('both'), lelaki ('male') atau perempuan ('female') |
ethnicity (Kategori) | Kumpulan Etnik | Semua kumpulan etnik ('overall'), Melayu ('bumi_malay'), Bumiputera lain ('bumi_other'), Cina ('chinese'), India ('indian'), lain-lain warganegara ('other_citizen'), atau penduduk bukan warganegara ('other_noncitizen') |
abs (Integer) | Kelahiran Hidup | Jumlah kelahiran hidup dalam tahun tersebut |
17 Okt 2024, 12:00
01 Nov 2025, 12:00
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/demography/birth_sex_ethnic_state.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)
Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.
import requests
import pprint
url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=births_annual_sex_ethnic_state&limit=3"
response_json = requests.get(url=url).json()
pprint.pprint(response_json)
Jabatan Perangkaan Malaysia
Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam
Data Terbuka
data.gov.my