Pendapatan Isi Rumah mengikut Persentil

Data setakat 2022

Data pendapatan isi rumah nasional pada resolusi persentil.

0 paparanΒ·0 muat turun

Table

Taburan Pendapatan Isi Rumah

Bagaimana data ini dijana?

Data ini dihasilkan berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah (HIS) serta Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) yang dilaksanakan dari tahun 1970 ke 2022. Survei itu dilaksanakan dua kali dalam mana-mana tempoh lima tahun bagi tujuan menghasilkan data pendapatan, kemiskinan dan akses kepada kemudahan asas bagi isi rumah warganegara. Khususnya, set data ini membolehkan analisis yang lebih mendalam tentang taburan pendapatan isi rumah pada peringkat nasional dengan membekalkan data pendapatan isi rumah pada resolusi persentil (100 kumpulan bersaiz sama), berbanding resolusi desil (10 kumpulan) atau kuartil (4 kumpulan) seperti yang biasanya diterbitkan. Terdapat 4 metrik pendapatan isi rumah bulanan yang dibekalkan:

  • Min untuk persentil K, iaitu purata antara isi rumah dalam persentil K sahaja.
  • Median untuk persentil K, iaitu median antara isi rumah dalam persentil K sahaja. Implikasi tambahan adalah (K - 0.5)% isi rumah mempunyai pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada atau sama dengan jumlah ini. Sebagai contoh, 12.5% isi rumah mempunyai pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada atau sama dengan median persentil ke-13.
  • Pendapatan minimum untuk persentil K, iaitu minimum antara isi rumah dalam persentil K. Semua isi rumah dalam persentil K mempunyai pendapatan lebih daripada atau sama dengan jumlah ini.
  • Maksimum pendapatan untuk persentil K, iaitu maksimum antara isi rumah dalam persentil K. Tiada isi rumah dalam persentil K yang mempunyai pendapatan melebihi jumlah ini.

Apakah kaveat yang perlu diingati apabila menggunakan data ini?

Set data ini harus diguna dengan berhati-hati kerana ralat piawai lebih besar akibat resolusi yang lebih tinggi. Untuk mendapat butiran penuh tentang ralat piawai survei serta metodologi yang terperinci, sila rujuk kepada Nota Teknikal HIES.

Metadata

Penerangan dataset

Data pendapatan isi rumah nasional pada resolusi persentil.

Definisi pembolehubah
  • Tarikh
  • Persentil
  • Pembolehubah
  • Pendapatan
Kemaskini terakhir:

28 Jul 2023, 12:00

Kemaskini seterusnya:

N/A

Sumber data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
Lesen

Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.

Muat turun

Data
Dataset Penuh (CSV)

Dataset Penuh (CSV)

Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.

0

Dataset Penuh (Parquet)

Dataset Penuh (Parquet)

Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.

0

Kod

Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.

# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet import pandas as pd URL_DATA = 'https://storage.dosm.gov.my/hies/hies_malaysia_percentile.parquet' df = pd.read_parquet(URL_DATA) if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date']) print(df)

Contoh Query OpenAPI

Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.

import requests import pprint url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=hies_malaysia_percentile&limit=3" response_json = requests.get(url=url).json() pprint.pprint(response_json)
jata negara

Jabatan Perangkaan Malaysia

Β© 2024 Data Terbuka Sektor Awam