Pengeluaran akuakultur tahunan serta nilai borong dan nilai runcitnya mengikut negeri dan sistem ternakan.
0 paparan·0 muat turun
Data pengeluaran akuakultur di Malaysia dikumpulkan melalui survei dan banci ladang akuakultur yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan. Oleh itu, data ini merujuk kepada pengeluaran penternak yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan sahaja. Pengeluaran merujuk kepada kuantiti yang dituai daripada sistem ternakan air tawar (kolam, bekas lombong, sangkar, tangki simen/fiber dan tangki kanvas, kandang dan estet ikan) dan sistem ternakan air payau/masin (kolam, sangkar, tangki, kandang, ternakan kerang-kerangan dan rawai rumpai laut), dikelaskan mengikut negeri di mana ladang tersebut terletak. Nilai borong dan nilai runcit ialah nilai pengeluaran tersebut pada harga borong dan harga runcit seperti yang dianggarkan oleh Jabatan Perikanan.
Sistem ternakan yang dilaporkan oleh Jabatan Perikanan berubah dari semasa ke semasa: tangki kanvas dilaporkan secara berasingan mulai 2007, tangki air payau mulai 2007, kandang air payau mulai 2012 dan estet ikan mulai 2018, manakala mulai 2018 kerang, siput sudu dan tiram dilaporkan bersama sebagai kerang-kerangan. W.P. Labuan dilaporkan mulai 2011 dan W.P. Kuala Lumpur mulai 2019.
Angka-angka di peringkat nasional mungkin sedikit berbeza dengan angka peringkat negeri apabila dijumlahkan, dan jumlah dengan sistem ternakan, disebabkan oleh penggenapan. Pengeluaran rumpai laut adalah dalam berat basah. Jabatan Perikanan menyatakan bahawa pengeluaran rumpai laut di Johor pada tahun 2022, 2023 dan 2025 adalah daripada penternak tidak berdaftar.
Jabatan Perikanan Malaysia menerbitkan perangkaan perikanan tahunan
Pengeluaran akuakultur tahunan serta nilai borong dan nilai runcitnya mengikut negeri dan sistem ternakan.
Nama pembolehubah | Pembolehubah | Definisi |
|---|---|---|
date (Tarikh) | Tarikh | Tarikh dalam format YYYY-MM-DD, dengan MM-DD diberi nilai 01-01 kerana data berfrekuensi tahunan |
state (Kategori) | Negeri | Negeri di mana ladang terletak, atau Malaysia bagi jumlah nasional |
system (Kategori) | Sistem Ternakan | Sistem ternakan seperti yang dikelaskan oleh Jabatan Perikanan; 'freshwater_total' dan 'brackish_total' ialah jumlah kecil dan 'total' ialah semua sistem ternakan |
production (Apung) | Pengeluaran | Pengeluaran akuakultur dalam tan metrik (rumpai laut dalam berat basah) |
wholesale_value (Apung) | Nilai Borong | Nilai borong pengeluaran dalam RM |
retail_value (Apung) | Nilai Runcit | Nilai runcit pengeluaran dalam RM |
10 Okt 2026, 22:57
N/A
Data ini adalah data terbuka di bawah lesen Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Penerangan lesen tersebut boleh didapati di Sini.
Dataset Penuh (CSV)
Sesuai untuk individu mencari data mesra 'Excel'.
0
Dataset Penuh (Parquet)
Sesuai untuk saintis data yang ingin menganalisa data dengan pengaturcaraan.
0
Sambungan secara langsung kepada data dengan menggunakan Python.
# Jika belum lagi dipasang, sila: pip install pandas fastparquet
import pandas as pd
URL_DATA = 'https://storage.data.gov.my/agriculture/aquaculture_production.parquet'
df = pd.read_parquet(URL_DATA)
if 'date' in df.columns: df['date'] = pd.to_datetime(df['date'])
print(df)Kod berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat query API untuk mengambil katalog data yang disebutkan di atas. Anda boleh menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan dengan menukar kod mengikut keperluan. Untuk panduan lengkap mengenai parameter query dan sintaks yang mungkin, sila rujuk kepada Dokumentasi Open API.
import requests
import pprint
url = "https://api.data.gov.my/data-catalogue?id=aquaculture_production&limit=3"
response_json = requests.get(url=url).json()
pprint.pprint(response_json)Jabatan Perangkaan Malaysia
© 2026 Jabatan Perangkaan Malaysia
Data Terbuka
data.gov.my