OpenDOSM

Sosial

Jenayah Kekerasan dan Harta Benda

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyenggara pangkalan data transaksi semua jenayah yang dilaporkan di Malaysia dan bekerjasama dengan DOSM untuk menerbitkan statistik jenayah tersebut setiap tahun. Walaupun data jenayah DOSM merangkumi pelbagai jenis jenayah lain seperti jenayah alam sekitar dan jenayah kolar putih, namun papan pemuka ini lebih tertumpu kepada jenayah kekerasan dan jenayah harta benda dek persepsi awam terhadapnya yang lebih sensitif. Data jenayah W.P. Labuan termasuk dalam kiraan data Sabah, dan data jenayah W.P. Putrajaya termasuk dalam kiraan jenayah W.P. Kuala Lumpur.

Dikemaskini pada 29 Mac 2023, 04:45

Apakah tren jenayah kekerasan dan harta benda?

Data setakat 25 Nov 2022, 22:58

Jenayah kekerasan merupakan jenayah dimana mangsa dicederakan atau diugut dengan kekerasan berupa bunuh, rogol, rompak atau serangan. Jenayah harta benda berlaku apabila harta mangsa dicuri atau dimusnahkan tanpa penggunaan dan ancaman kekerasan terhadap mangsa. 2 carta di bawah menunjukkan statistik buat 2 jenayah ini, dan seksyen di bawah membutirkan maklumat tersebut.

Apakah perbezaan kadar perlakuan jenayah (per kapita) mengikut negeri?

Data setakat 25 Nov 2022, 23:59

Butiran jenayah kekerasan

Data setakat 25 Nov 2022, 22:58

Butiran jenayah harta benda

Data di bawah terkecuali daripada keadaan dimana ugutan atau kekerasan digunakan ke atas mangsa walaupun situasinya berupa jenayah harta benda. Contohnya, mangsa ragut yang juga mengalami kecederaan tidak dikira sebagai jenayah ragut, sebaliknya ia dianggap sebagai jenayah rompak.

Jabatan Perangkaan Malaysia

© 2023 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)