EkonomiHarga Pengeluar
IHP memantau harga yang dikenakan ke atas pengguna, iaitu harga yang anda bayar semasa membeli barang dapur, perkakasan rumah serta barangan dan perkhidmatan lain. Akan tetapi, harga tersebut mungkin sudah terherot oleh cukai seperti SST, duti eksais, subsidi dan kos pengangkutan. Maka, untuk mendapatkan pandangan dari sudut lain terhadap harga barangan dalam ekonomi Malaysia, DOSM memantau harga yang diterima pengeluar untuk 1,063 item ketika tahap pertama pemerdagangan berlaku. Data ini diterbit dan dikenali sebagai Indeks Harga Pengeluar (IHPR).
Dikemaskini pada 30 Mac 2023, 06:11